CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Ahlan Wasahlan Selamat Datang Konnichiwa Welcome

" Fly and make it high before you cry and make your problems smile.
Your attitude towards your challenges is the key to your happy life."

Thursday, February 16, 2012

Syukur padaNya

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Wasyukurillah..

Mari kita imbas kembali bagaimana Rasulullah dalam mengerjakan solat Malam.Ada implikasinya dengan tajuk entri yang saya kemukakan waktu ini.
Sesungguhnya Nabi SAW mengerjakan solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. Aisyah berkata kepada Baginda: Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, pada hal Allah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang? Baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Ramai yang menumpukan perhatian betapa Nabi SAW solat malam sehingga bengkak atau merekah kakinya. Ini dijadikan motivasi untuk mencontohi baginda dalam beramal ibadat.

Namun perhatikan pula pada segmen jawapan baginda, “apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?”. Implikasi daripada jawapan ini,

1. beramal ibadat bukanlah kerana mengharapkan ganjaran
2. bersyukur dengan nikmat Allah
3. bersyukur pula dinyatakan melalui amal ibadat
4. Dinyatakan terus kepada Allah melalui solat
5. dilakukan secara bersungguh-sungguh
6. ganjaran memang sudah dinyatakan

Melakukan ibadat atas dasar cinta dan bersyukur akan membawa kepada istiqamah. Malah ia boleh dilakukan ketika waktu yang paling sukar. Ia tanda syukur yang amat sangat!

Subhanallah!!sungguh besar kasih sayang Allah pada aku selama ini..
aku punya kedua ibu bapa yang sangat pengasih dan penyayang,
Keluarga yang serba lengkap,
Kehidupan yang bahagia bersama rakan-rakan yang sering mengingatkan aku ke arah kebaikan,
Tak mungkin untuk aku perjelaskan satu per satu kerana sangat banyak kasih sayang Allah yang Dia singkapkan dan lahirkan melalui hadirnya orang-orang seperti mereka.
kekadang Dia juga menguji aku dengan ujian agar aku lebih tabah dan bertambah keimanan dan kesyukuran terhadapnya.
Tanpa aku sedar kasih sayang Allah Melimpah ruah setiap minit dan ketika,namun berapa yang aku balas untuk membalas segala kebaikanNya terhadap aku.
Contoh yang paling simple aku boleh berikan,-Jika seseorang yang kita sayang contohnya kekasih kita(suami la)memberikan kita hadiah yang amat bernilai,pasti kita sebagai isteri akan membalasnya dengan sesuatu yang setimpal juga.
Nah!contoh mudah aje,tapi jika dibandingkan dengan Dia pasti jauh lebih banyak nikmat yang Dia kurniakan hingga tak terhitung walau dihitung dengan pepasir di pantai,air di lautan,dedaunan di pohon....Pasti tak terhitung kan?? subhanallah!!

ya Allah,ampuni segala kekhilafanku selama ini.Aku sering lalai dan alpa dengan hal duniawi.pada waktu ketika,aku berharap,setiap hembusan nafasku adalah untukMu,tuhanku.Aku berharap dapat mengingatiMu dan sentiasa bersyukur di waktu susah dan senang.Sesungguhnya hidup dan matiku adalah untukMu semata-mata.Ya Allah,ingatkan aku jika aku alpa dan lupa tentang matlamat sebenar hidupmu.

0 comments:

Post a Comment